BISMILLAH .
Allah, Allah , Allah .
petang itu , kurasa hiba . Airmata laju bagaikan air hujan . ya, itulah airmata penyesalan .
tersekat-sekat suara ini mengalunkan ayat-Mu. Ya Allah, kerdilnya diriku . Hinanya aku . banyaknya dosaku
tiba-tiba...
pintu dikuak . jemaah surau sudah datang utk solat asar . langsung xkuhiraukan apa tanggapan mereka.
airmata masih laju mengalir. tak dapat kutahan lagi perasaan berdosa yang teramat ini. usai sahaja solat , seorang sahabat menegurku "awak, walaupun saya xtahu apa masalah awak, tapi kuatlah bersama Allah. Ingat, Allah xpernah tinggalkan hamba-Nya yg selalu dekat pd-Nya" . kata-kata itu, ibarat air yang mengalir , tenang meresap ke dalam jiwa . "syukran awak." itu sahaja yg mampu kuucap pd sahabat yg baik itu.
"kalau awk xkeberatan , ceritalah apa masalahnya . In shaa Allah, Allah ada penyelesaian terbaik"
senyum . angguk . " saya xd masalah , cuma saya takut.."
"takut?apa yg awk takutkan?"
"dosa-dosa saya .. "
dia usap belakangku, cuba menenangkanku. "Allah tu maha pengampun. doalah pd-Nya . Allah galakkan kita doa pd-Nya, malah Dia rasa malu jika x tunaikan permintaan hamba2 Nya yg merayu pd-Nya. berdoalah sahabat"
subhanaAllah. tenang wajahnya setenang kata-katanya .
mungkin inilah masanya. masa untuk aku berubah . inilah petunjuk-Nya .
petunjuk untuk mencari apa yang aku hilang selama ini.
menjadi apa yang ibu dan ayah harapkan selama ini.
malam itu, aku telefon ibu, mengutarakan hasratku."alhamdulillah anak ibu.."itu perkataan pertama yg diucap.
ibu mengizinkan aku untuk bergiat aktif dlm berdakwah. ibu dan ayah sangat menyokong aku .
kata mereka "adik, kalau kita tolong agama Allah, insya Allah , Allah pasti tolong kita . ingat , jgn belajar hanya krn nak dpt kerja yg elok. niat belajar nak tolong agama Allah. ibu dan ayah selalu doakn kejayaan adik. Kalau pointer rendah dari kawan2 pun adik kena ingat orang lain yang dapat pointer yg lg rendah dr adik. kerana Rasulullah selalu berpesan spy memandang org yg lg rendah dr kita supaya kita boleh ambil pelajaran dan selalu bersyukur dgn apa yg kita ada " itulah ibu. selalu memberikan kata2 positif padaku walaupun pd ketika aku jatuh dan xmampu bertahan. orang pertama yg aku mengadu adalah ibu.terima kasih Allah.terima kasih ibu. terima kasih ayah. terima kasih sahabat. terima kasih semua .
ibu pernah berpesan seperti mana lukman al-hakim berpesan pada anaknya " wahai anakku, ketahuilah bahawa sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan aynag dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. bila engkau ingin selamat agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada ALLAH"
No comments:
Post a Comment