Monday, 18 March 2013

WOMAN



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah S.A.W.akan hal tersebut,jawab baginda “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Wanita yang solehah (baik)itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana  takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperi bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa menyusukan anak perempuan seoleh-oleh dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal dengan anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasullah S.A.W.)di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perampuan atau dua saudara perampuan,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab,maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga dibawah telapak kaki ibu.
9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tiada dihisab.
10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
11.Wanita yang taat kepada suaminya,semua ikan-ikan dilaut,burung-burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab baginda,”Suaminya”.Siapakah yang berhak kepada lelaki?”Jawab Rasulullah S.A.W.”Ibunya”.
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa dibulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka allah S.W.T.memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristigfar malaikat untuknya.Allah S.W.T.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak keluarlah dia darlpada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan melihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang kejalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awl daripada suaminya,akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang buat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu urat Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (21/2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita melayan suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tan emas dan jika wanita melayan suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tan perak.
39. Wanita meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberi auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah.
  

No comments:

Post a Comment