Wednesday 20 March 2013

WARKAH UNTUK ADAM


Wahai Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam,

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam,

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam,

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam,

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam,

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam,

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam,

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam,

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam,

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam... Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......


Monday 18 March 2013

WOMAN



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah S.A.W.akan hal tersebut,jawab baginda “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Wanita yang solehah (baik)itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana  takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperi bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa menyusukan anak perempuan seoleh-oleh dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal dengan anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasullah S.A.W.)di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perampuan atau dua saudara perampuan,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab,maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga dibawah telapak kaki ibu.
9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tiada dihisab.
10. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
11.Wanita yang taat kepada suaminya,semua ikan-ikan dilaut,burung-burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab baginda,”Suaminya”.Siapakah yang berhak kepada lelaki?”Jawab Rasulullah S.A.W.”Ibunya”.
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa dibulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka allah S.W.T.memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristigfar malaikat untuknya.Allah S.W.T.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak keluarlah dia darlpada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan melihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang kejalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awl daripada suaminya,akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang buat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil dapat pahala beribadat pada malam hari.
33.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu urat Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (21/2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita melayan suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tan emas dan jika wanita melayan suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tan perak.
39. Wanita meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberi auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah.
  

Thursday 7 March 2013

ALLAH THE ALMIGHTY

BISMILLAH .
Allah, Allah , Allah .
petang itu , kurasa  hiba . Airmata laju bagaikan air hujan . ya, itulah airmata penyesalan .
tersekat-sekat suara ini mengalunkan ayat-Mu. Ya Allah, kerdilnya diriku . Hinanya aku . banyaknya dosaku


tiba-tiba...

pintu dikuak . jemaah surau sudah datang utk solat asar . langsung xkuhiraukan apa tanggapan mereka.
airmata masih laju mengalir. tak dapat kutahan lagi perasaan berdosa yang teramat ini. usai sahaja solat , seorang sahabat menegurku "awak, walaupun saya xtahu apa masalah awak, tapi kuatlah bersama Allah. Ingat, Allah xpernah tinggalkan hamba-Nya yg selalu dekat pd-Nya" . kata-kata itu,  ibarat air yang mengalir , tenang meresap ke dalam jiwa . "syukran awak." itu sahaja yg mampu kuucap pd sahabat yg baik itu.

"kalau awk xkeberatan , ceritalah apa masalahnya . In shaa Allah, Allah ada penyelesaian terbaik"
senyum . angguk . " saya xd masalah , cuma saya takut.."
"takut?apa yg awk takutkan?"
"dosa-dosa saya .. "
dia usap belakangku, cuba menenangkanku. "Allah tu maha pengampun. doalah pd-Nya . Allah galakkan kita doa pd-Nya, malah Dia rasa malu jika x tunaikan permintaan hamba2 Nya yg merayu pd-Nya. berdoalah sahabat"

subhanaAllah. tenang wajahnya setenang kata-katanya .
mungkin inilah masanya. masa untuk aku berubah . inilah petunjuk-Nya .
petunjuk untuk mencari apa yang aku hilang selama ini.
menjadi apa yang ibu dan ayah harapkan selama ini.

malam itu, aku telefon ibu, mengutarakan hasratku."alhamdulillah anak ibu.."itu perkataan pertama yg diucap.
ibu mengizinkan aku untuk bergiat aktif dlm berdakwah. ibu dan ayah sangat menyokong aku .
kata mereka "adik, kalau kita tolong agama Allah, insya Allah , Allah pasti tolong kita . ingat , jgn belajar hanya krn nak dpt kerja yg elok. niat belajar nak tolong agama Allah. ibu dan ayah selalu doakn kejayaan adik. Kalau pointer rendah dari kawan2 pun adik kena ingat orang lain yang dapat pointer yg lg rendah dr adik. kerana Rasulullah selalu berpesan spy memandang org yg lg rendah dr kita supaya kita boleh ambil pelajaran dan selalu bersyukur dgn apa yg kita ada " itulah ibu. selalu memberikan kata2 positif padaku walaupun pd ketika aku jatuh dan xmampu bertahan. orang pertama yg aku mengadu adalah ibu.terima kasih Allah.terima kasih ibu. terima kasih ayah. terima kasih sahabat. terima kasih semua .

ibu pernah berpesan seperti mana lukman al-hakim berpesan pada anaknya " wahai anakku, ketahuilah bahawa sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan aynag dalam, banyak manusia yang karam didalamnya. bila engkau ingin selamat agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada ALLAH"