Saturday 7 September 2013

AL- Kisah........

AL-Kisah... Zaman dolu-dolu. Ehem

Begini ceritanya. Saya dahulunya memang kerap berpindah sekolah. Pindah sekolah berdasarkan keputusan akhir peperiksaan. Eheh. Memandangkan dulu saya adalah budak baru disekolah tu, ramailah gamaknya yang nak kawan dengan saya, ehem haha. Bukan perasan, kenyataan. Hari pertama saya disekolah berkenaan, ramai jugaklah yang interview, kononnya nak jadi sahabat sehati sejiwa. Oh terharuu. Saya juga  baru tahu yang ada perempuan yang sukakan saya. Itupun kawan-kawan saya yang hebahkan. Allahu

 *muntah hijau+kuning= flag negeri kedah

Teringat saya, sewaktu di tingkatan empat, ada sorang lelaki *nama dirahsiakan haha. Nak dijadikan cerita, dia meminati saya dalam diam pada awalnya. Kami ditakdirkan sama kelas. Pada mulanya kelas perempuan dan lelaki diasingkan untuk menjaga ikhtilat juga nama baik sekolah. Memang sekolah tu sekolah cluster ponnnn -_- . Tetapi, setelah dirombak, lelaki dan perempuan bercampur kerana masalah blangan pelajar lelaki yg terlalu sedikit. Hmm

Pada mulanya, saya tak menyangka sama sekali yg dia menyukai saya krn pada saya dia adalah seorang yang  em pendiam dan em boleh dikatakan takda perasaan lah jugak. Tapi tu pada pandangan saya sahaja. Sehinggalah hari dimana kawan-kawannya memberitahu saya bhawa dia menyukai saya dan hamper setiap hari dia menceritakan perihal saya pd kawan-kawannya di ASPURA (baca:asrama putera). Haha, kelakar bukan?

Dan sebagaimana saya pula tidak suka berchentan chentun ni kerana dari awal lagi puan besar sudah melarang keras hubungan seperti itu. Tambahan pula saya anak perempuan yang paling dia sayang ewah. Bermacam cara yang dia lakukan untuk menunjukkan perasaannya pada saya sehinggakan saya pernah terfikir untuk pIndah sekolah sekali lagi. Haha. Okay, itu tindakan tak matang .

Pada tahun 2011, dimana pada saya tahun itu ialah tahun yang paling ditakuti kerana pada tahun itulah saya akan menduduki HESPIEM.  Saya sangat menumpukan perhatian pada hekzem itu sampai terlupa pada dia yg mengejar saya. Puhehe. Sehinggalah tiba satu hari saya menjumpai  sehelai surat dalam buku teks yang saya selalu tinggalkan dibawah meja . bunyinya begini ..

bagaimana caranya untuk memiliki sekeping hati yang dimilikimu?puasku mencuba tetapi tetap sama. Apakah sudah tiada ruang dihatimu untukku atau kau sudah berpunya?’-M.Y-

Tiada siapa yg tahu tentang itu sehinggalah saat ini . Juga tiada jawapan untuk persoalanmu sehinggalah saat ini. Dan lagi, kawan dia pernah bagitau yang dia selalu teman si peminat ni ke kelas saya semata-mata untuk check di carta organisasi untuk mengetahui dimana tempat duduk saya. Dan begitulah yg berlaku saban hari. Dia akan menunggu saya lalu di laluan sebelah bilik SPBT dan memanggil2 nama saya bagai pffst, dia hanya akan keluar dari kelas untuk ke kantin jika saya keluar dahulu, dia akan kesurau untuk solat dhuha krn dia tahu saya selalu disana, bila saya tak hadir dia akan kirimkan salam dan Tanya itu ini pada sahabat2 saya, pura2 tak tahu matematik semata mahu sy ajarkan(padahal markah dia slalu tggi dr sy). Dan banyak lagi sebenarnye.  Namun apakan daya, hati saya ALLAH yg pegang.


HAHA. Itulah antara kenangan pahit dan manis saya smasa bergelar pelajar skolah. Dan sekarang, mungkin saja dia pun akan tersenyum bila teringat apa yg dia pernah lakukan pada saya.

Tuesday 2 July 2013

Hot ! hot ! isu hangat UIA.

Bismillah...
Baru-baru ni aku ada cerita pasal one of my ex-neighbour yg dah kahwin. Batch aku. Meaning, 19 tahun la.
Wahh, nampaknya depa sangat excited! . Memang tak dapat dinafikan lagi isu kahwin ni memang tengah hangat di UIA ni.
Kalau cerita pasal bab ni mesti ramai ja yang datang dengar. Buat talk mesti penuh kerusi kat LHA tu.
Ada sorang sahabat ni tanya

'Eh asal Allah tak pilih aku eh?aku nak jugak kahwin awal' .Kami yang lain hanya ketawa dengan statement yang agak kelakar tu.

Tapi bila difikirkan balik, soalan tu bukan soalan yang kita kena ignore. Tak! there must have answer for that question. So kenapa eh? kenapa Allah tak pilih kita untuk kahwin awal macam orang lain sedangkan umur orang yang dah kahwin tu lebih muda dari umur kita.
Aku pernah jugak tanya mak aku

'Ibu, asal orang lain kahwin awal boleh je?' 

'Itu sebab ALLAH tahu depa mampu. Mampu untuk pikul dosa, mampu untuk pikul tanggungjawab. Awak dan kawan-kawan awak yang tak kahwin lagi tu ALLAH belum pilih sebab ALLAH tahu hampa belum mampu. Semua yang ALLAH buat, there must be a reason. Setiap orang lain rezekinya,lain ujiannya' 

Jadi, that's the answer!.Sebab tu aku suka tanya mak aku, dia seorang yang menjawab. Memang betul, ALLAH tak pilih kita sebab DIA tahu kita belum mampu untuk memikul tanggungjawab dan ujian-ujian berat dalam rumahtangga. Tak payah nak jealous sangat lah dengan depa-depa yang dah kahwin tu. Doakan depa bahagia sudah. Jangan risau sahabat, pasti ada yang istimewa untuk dirimu nanti!.

Doakan aku juga! hehe.

'apa yang awak dapat, itu yang terbaik untuk awak'-mak-

Sunday 30 June 2013

Makcik nak berkempen sikit ni nak..

Bismillah..
Dalam hidup ni, aku terlupa tentang banyak perkara.. banyak.
Dan sekarang aku baru teringat. Yang aku perlu sedar bahawasanya ALLAH dah terlalu memberi aku banyak peluang yang aku selalu sia-siakan. Aku tersedar setelah terdengar satu ayat dekat kafeteria tadi.

Macam simple ayat dia.

'Sikit sangat macam mana nak ambik?'

Nampak macam tak ada kena mengena kan?haha. Ayat ni buat aku tersentap. Diam. Berfikir. Hiba.Sangat hiba.

Ke aku yang terlalu sensitif kebelakangan ni?Tak. Ini bukan isu sensitif ke apa. ALLAH yang kurniakan perasaan ni. Untuk buat aku sedar. Mungkin.

Okay aku bagi contoh lain. Kau student IPTA. Pointer tak sampai target DL pun pastu kau expect government akan bagi kau scholarship?.Memang tak la kan. So, sama jugak dengan ayat ni. Kita buat pahala sikit sangat pastu expect ALLAH akan ambik kita masuk sorga senang-senang? oh kalau macamtu bermakna sorga tu kacang soya ja lah nak masuk eh?macamtu? .

Bukan!

Usaha sikit, reward pun sikit la beb! nak lebih kena rajinlah sikit. Itu teori aku. 
Islam dah provide banyak method untuk kita apply. Usrah, dakwah  melalui Blog,FB,Twitter,YT?banyak kan?.
Alaa, c'mon laa. Kata dunia tanpa sempadan , dunia dihujung jari bagai. Apa guna semua kemudahan ni kalau ini yang membuatkan kita jauh dari ALLAH? Sedangkan nabi-nabi dulu tak ada pun benda-benda macam kita sekarang tapi kemain close dengan ALLAH. Betullah Anwar Nursi kata 'apabila teknologi makin maju,manusia makin mundur'. 

Tahu tak kenapa?sebab kita keja dok rely on robot-robot ni la.

So ini yang kita expect kita akan masuk sorga?helo, kalau usrah dua kali seminggu pun kau tak boleh pergi jangan mimpilah. Kalau baca quran dua muka sehari pun susah jangan harap lah! 
Konklusinya,buat diriku dan sahabat-sahabatku sayang.. 

Aku nak buat kempen ni 
kempen apa?
kempen jom masuk sorga!

Demi Islam! jangan jadi manusia mundur lagi dah. Berusaha!

Kerana syurga itu mahal.

Tak Mengapa, ALLAH ada kan?

Tak tahu macam mana nak mulakan entry kali ni. 
Tahu tak macam mana perasaan bila niat baik di salah anggap?
Okay okay, rasanya korang tak dapat catch up lagi apa yang aku nak bagi tau.
Masuk kali ni dah tiga kali aku tegur dia sbb dedahkan aurat kat FB. Tahu tak kenapa aku berani tegur?
Satu, sebab aku sayang . Sayang kau fillah. Dua, sebab kau kawan baik aku. Err, dulu. Tiga, sebab kita saudara, saudara seislam. Kau ingat aku sanggup tengok kau kena campak dalam neraka nanti?. Empat, sebab aku kenal kau. Kau lain sekarang. Lain sangat weh. Sampai aku dah tak tahu nak cakap macam mana. 

Sahabatku sayang,

Sebenarnya aku pun tak layak nak tegur kau. Memang serious tak layak gila. Aku pun tiap hari buat dosa. Aku pun tak sempurna. Tapi sahabat, ingat tak dulu kita pernah janji nak masuk syurga sesama kan? ingat tak?

 *nanges laju2.

 Aku tak salahkan kau, ini salah aku. Sebab aku tak cegah dari dulu. Sebab aku gagal bimbing kau. Salah aku sebab aku tak kuat. Kau masih tak faham sahabat, aku tak salahkan kau. Sebab kau belum faham. Nanti kau akan faham. Aku janji.

ALLAH, tolong... tolong sampaikan padanya yang aku sayang dia kerana MU. Hanya kerana MU.
Tolong aku untuk tolong dia. Kami nak masuk syurga sama-sama. 

Uhibbukifillah :')


Thursday 27 June 2013

CINTAI AKU :')

3.45 a.m .
Waktu2 cenggini memang sesuai nak solat sunat .
Istikharah .Alhamdulillah. *tears
Sebenarnya ALLAH sentiasa beri peluang untuk kita untuk berubah -ibu-
Bila buntu barulah nak mencari DIA. -ayah-
Sebenarnya dimana kamu letak ALLAH dihati kamu? -ustaz-
*diam
*nanges lagi
Memang,aku hanya mencari DIA bila aku buntu
Memang,aku selalu sia-siakan peluang yang ALLAH selalu bagi
Memang akulah insan yang paling rugi. Rugi okay,rugi.


Waktu-waktu macam ni selalu nya tido dah tak ingat dunia
Tapi pagi ni.. tah, maybe banyak sangat benda yang kusutkan fikiran aku
So, dengan muka tak malu aku pun mengadu dekat DIA .
Padahal sebelum ni nak bangun boleh bilang dengan jari tangan
Tu pun tak cukup. Ahhhhhh! malunya .. 
*potong cili laju2..
Ya ALLAH, cintai aku sepertimana aku mencintai-MU.

Monday 29 April 2013

THOUSAND HOPES MAKES 1 LITRE OF TEARS!

Bismillah ..
 alhamdulillah baru2 ni Ika baru sahaja selesai mengendalikan satu kem di Johor bersama rakan2 committee yang lain dan syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana program ini dapat dilaksanakan dgn jayanya..*yeay!tepuk tangan*. okay okay relax.. bawa bertenang kerana ini baru permulaan cerita,heheh.
Ika rasa macam baru semalam kita pergi tapi hari ini dah ada kat CFS ni dah, sekejap sangat. Yela, dua hari satu malam ja kan..Okay straight to the point, ditakdirkan ika dapat adik-adik yang comel2 belaka dan sangat baik orangnya..*angguk angguk,hoho* dan yang paling special ika dapat seorang adik yg baru memeluk islam (baca: muallaf).Ika panggil dia Nur. Ceritanya pada satu sesi(sharing moment), dulunya dia beragama kristian dan ibu bapanya buddha. Ika tanya dia, macam mana dia boleh ambil keputusan untuk memeluk islam?

katanya dalam loghat cina "masa saya form 4 saya masih beragama kristian, dan saya ada seorang kawan baik yang beragama islam, dialah yag menerangkan kepada saya apa itu islam tetapi pada masa itu saya selalu memberi alasan kepada dia dengan membenarkan agama saya. Dijadikan cerita pada suatu hari saya terbaca kitab bible yang mengatakan bahawa Tuhan Jesus telah mengorbankan diri dia untuk orang2 berdosa seperti kami. Jadi saya terfikir kenapa mesti Tuhan sendiri mengorbankan dirinya sendiri untuk kami?dia kan Tuhan, jadi kenapa mesti mengorbankan diri dia seolah2 dia itu lemah. Lalu saya minta untuk pinjam buku agama(Islam) dari kawan saya untuk mencari perbezaan tentang agama Kristian dan Islam. Saya nampak banyak perbezaan agama kristian dan agama Islam seperti cara pemakaian, ibadah dan cara hidup. Pada masa itu saya sudah sedar tentang agama yg benar ialah agama Islam dan bukannya kristian jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ustazah untuk convert ke agama Islam walaupun  ibu bapa saya tidak tahu "

Ika dan adik2 yang lain mengangguk2 mendengar cerita insan terpilih ini.

Ika tanya lagi "Nur datang ke sini atas alasan apa pada parents Nur?"

"saya cakap ada program tentang pelajaran disini kpd mereka" jawabnya jujur.

"Nur datang dengan pakai macam ni?" Ika terharu melihat cara pemakaian dia yang lengkap menutup aurat.

Hairan. Kagum. Bagaimana dia yang baru mengenali Islam itu lebih memahami Islam berbanding kita yang sudah lama berstatuskan Islam?.

Airmata gugur satu per satu. Rasa malu pada Nur. Malam itu kami peluk erat bagaikan tidak mahu berpisah untuk selamanya. Sedar yang masa selalu mencemburui, Ika menamatkan sesi dengan kata2 semangat untuk Nur dan adik2 tersayang.

**4.30 pagi

Semua peserta sudah bersedia untuk menunaikan solat2 sunat disurau walaupun ada yang masih menjadikan belakang kawan mereka sebagai bantal untuk melepaskan kantuk.hehe.. biasalah tu, masih berjinak2 dengan qiamullail.. bak kata Inche Gabbana (baca: angelpakaigucci) "kalau bangun qiamullail dalam keadaan segar bugar dan riang itu bukan mujahadah tetapi yg bgn dlm keadaan mengantuk dan longlai itu baru mujahadah!"

Ika pun bersiap untuk mengambil wudhu' tetapi langkah Ika mati sebentar apabila melihat ada insan yg terkial2 di sudut bilik itu. Ika mendekatinya untuk bertanya apa masalahnya dan saat itu barulah Ika perasan insan itu ialah Nur!. Dia kelihatan seperti mahu mengatakan sesuatu kepada Ika. Menyedari keadaan itu, Ika bertanya kepada Nur "kenapa dik?ada masalah kah?"

Dia malu2 menjawab "cikgu,saya tak pandai nak solat sunat ni"

"ohhh, ingatkan apa. Akak boleh tolong adik, tak da masalah lah!"oh ya! adik2 Ika semua panggil Ika cikgu,Ika pun tak faham kenapa.Masa berlalu, Ika mengajak Nur untuk solat bersama disebelah Ika supaya senang untuk ajar dia niat solat. Subhanallah !sekali ajar dia sudah boleh melakukan sendiri pada solat seterusnya. Cepat sungguh dia belajar. Ika dimaklumkan dia adalah salah sorang pelajar cemerlang SPM sekolah tu tahun lepas. Jadi, tak hairanlah kalau setakat nak ucap niat solat kan. Masing-masing khusyu' mengabdikan diri pada ALLAH yg Esa ,mengharap mengampunan dariNYA. Nur pun sama.
Jernih wajahnya ikhlas. Bersungguh-sungguh dia melafazkan satu persatu perkataan arab walaupun payah.
Sekali lagi airmata ini gugur. Malu pada DIA. Rasa diri yang tidak punya apa-apa ini tidak layak untuk membimbing dia walaupun pernah dia meminta. Begitu berat amanah ini YA ALLAH...

In Shaa Allah.. akan kucuba!

Masa pantas berlalu, hari terakhir kami semua di sekolah ini. Semua fasi berat hati nak tinggal para peserta dan kenangan2 manis kat sekolah ni. Sungguh!amat berat hati ini hanya ALLAH yang tahu. Kami tinggalkan adik-adik dengan segunung harapan supaya adik-adiklah yang bakal mengganti generasi cemerlang akan datang in shaa ALLAH. Ingat apa kak Zulaikha selalu pesan, jaga iman, jaga hati, jaga diri. In shaa ALLAH kita jumpa di syurga nanti! akak sayang adik-adik kerana ALLAH.. :')
#nanti dah habis SPM, jangan lupa apply UIA okay!

Buat adik-adik yang dirindui dan diingati selalu ,
(Najwa, Syazwani(1), Syafiqa, Marhani, Nur, Syuhada, Aqila, Syazwani(2) dan Amira).



Friday 19 April 2013

UNIKU UNIMU UIA

Bismillah..
Dah bersarang blog ni, lama sangat tak update.
almaklumlah.. aku ni bakal mengganti PM. ohoho..
pejam celik, pejam celik dah nak habis sem 3 dah aku kat UIA ni.
maksudnya?maksudnya tinggal lagi 1 sem la kat sini..
Alhamdulillah, Allah pemudahkan urusan..
eh?sem depan aku jadi senior lah ni? ahaha..siapla budak2..
tapi..beratnya hati ni nanti dah nak tinggal CFS IIUM  ni..
CFS PJ yg bersih dgn staff yang suka senyum dan suka beri salam,
CFS PJ yang cantik even ada bangunan yg separuh dekad. ehee
banyak sebenarnya benda yang belum aku belajar kat sini, dan banyak perkara yang harus aku perbaiki dalam diri ni, sungguh masih banyak kekurangan dalam diri ini. cehh ayat.
teringat waktu mula2 masuk ke UIA sekitar pertengahan tahun 2012,
aku dan kau, kita masih malu2, bergurau pun berlapik.. bercerita hanya perkara yg perlu.
aku dan kau, kita mula saling mengenali, berkongsi cerita2 cinta. haha. ya kisah cinta yang akhirnya gagal sebelum masa. kegagalan dalam cinta itu bukan rare,itu biasa. Okay itu biasa.
aku dan kau,kita mula mengenal erti tarbiyah. disini segalanya bermula, kita mula mendalami islam. selalu dengar talk, usrah, puasa, solat jemaah. semuanya kita lalui bersama. Mungkin akulah org yg bertuah kerana mendapat sahabat sepertimu. kadang aku lemah, kau berikan semangat. aku jatuh kau hulurkan tangan. aku menangis, kaulah tempat aku mengadu. sungguh akulah org yg teramat bertuah itu!. bertuah bersahabat denganmu. tapi.. aku bakal meninggalkan bumi tarbiyah ni nanti. berat rasa hati ini Ya Allah. Satu tahun belum cukup rasanya aku disini. aku masih sangat dahagakan tarbiyah dibumi CFS ini.
dalam keterpaksaan, aku bakal meninggalkan bumi yg penuh dgn tarbiyah ini nanti.
cabaran yg lebih besar  menanti disana, hati yg sedia kuat harus dikuatkan lagi.
semoga berkat ALLAH mengiringi tarbiyyah ini.
#tears(kiss the rain)