Sunday 30 June 2013

Makcik nak berkempen sikit ni nak..

Bismillah..
Dalam hidup ni, aku terlupa tentang banyak perkara.. banyak.
Dan sekarang aku baru teringat. Yang aku perlu sedar bahawasanya ALLAH dah terlalu memberi aku banyak peluang yang aku selalu sia-siakan. Aku tersedar setelah terdengar satu ayat dekat kafeteria tadi.

Macam simple ayat dia.

'Sikit sangat macam mana nak ambik?'

Nampak macam tak ada kena mengena kan?haha. Ayat ni buat aku tersentap. Diam. Berfikir. Hiba.Sangat hiba.

Ke aku yang terlalu sensitif kebelakangan ni?Tak. Ini bukan isu sensitif ke apa. ALLAH yang kurniakan perasaan ni. Untuk buat aku sedar. Mungkin.

Okay aku bagi contoh lain. Kau student IPTA. Pointer tak sampai target DL pun pastu kau expect government akan bagi kau scholarship?.Memang tak la kan. So, sama jugak dengan ayat ni. Kita buat pahala sikit sangat pastu expect ALLAH akan ambik kita masuk sorga senang-senang? oh kalau macamtu bermakna sorga tu kacang soya ja lah nak masuk eh?macamtu? .

Bukan!

Usaha sikit, reward pun sikit la beb! nak lebih kena rajinlah sikit. Itu teori aku. 
Islam dah provide banyak method untuk kita apply. Usrah, dakwah  melalui Blog,FB,Twitter,YT?banyak kan?.
Alaa, c'mon laa. Kata dunia tanpa sempadan , dunia dihujung jari bagai. Apa guna semua kemudahan ni kalau ini yang membuatkan kita jauh dari ALLAH? Sedangkan nabi-nabi dulu tak ada pun benda-benda macam kita sekarang tapi kemain close dengan ALLAH. Betullah Anwar Nursi kata 'apabila teknologi makin maju,manusia makin mundur'. 

Tahu tak kenapa?sebab kita keja dok rely on robot-robot ni la.

So ini yang kita expect kita akan masuk sorga?helo, kalau usrah dua kali seminggu pun kau tak boleh pergi jangan mimpilah. Kalau baca quran dua muka sehari pun susah jangan harap lah! 
Konklusinya,buat diriku dan sahabat-sahabatku sayang.. 

Aku nak buat kempen ni 
kempen apa?
kempen jom masuk sorga!

Demi Islam! jangan jadi manusia mundur lagi dah. Berusaha!

Kerana syurga itu mahal.

No comments:

Post a Comment