Sunday 30 June 2013

Makcik nak berkempen sikit ni nak..

Bismillah..
Dalam hidup ni, aku terlupa tentang banyak perkara.. banyak.
Dan sekarang aku baru teringat. Yang aku perlu sedar bahawasanya ALLAH dah terlalu memberi aku banyak peluang yang aku selalu sia-siakan. Aku tersedar setelah terdengar satu ayat dekat kafeteria tadi.

Macam simple ayat dia.

'Sikit sangat macam mana nak ambik?'

Nampak macam tak ada kena mengena kan?haha. Ayat ni buat aku tersentap. Diam. Berfikir. Hiba.Sangat hiba.

Ke aku yang terlalu sensitif kebelakangan ni?Tak. Ini bukan isu sensitif ke apa. ALLAH yang kurniakan perasaan ni. Untuk buat aku sedar. Mungkin.

Okay aku bagi contoh lain. Kau student IPTA. Pointer tak sampai target DL pun pastu kau expect government akan bagi kau scholarship?.Memang tak la kan. So, sama jugak dengan ayat ni. Kita buat pahala sikit sangat pastu expect ALLAH akan ambik kita masuk sorga senang-senang? oh kalau macamtu bermakna sorga tu kacang soya ja lah nak masuk eh?macamtu? .

Bukan!

Usaha sikit, reward pun sikit la beb! nak lebih kena rajinlah sikit. Itu teori aku. 
Islam dah provide banyak method untuk kita apply. Usrah, dakwah  melalui Blog,FB,Twitter,YT?banyak kan?.
Alaa, c'mon laa. Kata dunia tanpa sempadan , dunia dihujung jari bagai. Apa guna semua kemudahan ni kalau ini yang membuatkan kita jauh dari ALLAH? Sedangkan nabi-nabi dulu tak ada pun benda-benda macam kita sekarang tapi kemain close dengan ALLAH. Betullah Anwar Nursi kata 'apabila teknologi makin maju,manusia makin mundur'. 

Tahu tak kenapa?sebab kita keja dok rely on robot-robot ni la.

So ini yang kita expect kita akan masuk sorga?helo, kalau usrah dua kali seminggu pun kau tak boleh pergi jangan mimpilah. Kalau baca quran dua muka sehari pun susah jangan harap lah! 
Konklusinya,buat diriku dan sahabat-sahabatku sayang.. 

Aku nak buat kempen ni 
kempen apa?
kempen jom masuk sorga!

Demi Islam! jangan jadi manusia mundur lagi dah. Berusaha!

Kerana syurga itu mahal.

Tak Mengapa, ALLAH ada kan?

Tak tahu macam mana nak mulakan entry kali ni. 
Tahu tak macam mana perasaan bila niat baik di salah anggap?
Okay okay, rasanya korang tak dapat catch up lagi apa yang aku nak bagi tau.
Masuk kali ni dah tiga kali aku tegur dia sbb dedahkan aurat kat FB. Tahu tak kenapa aku berani tegur?
Satu, sebab aku sayang . Sayang kau fillah. Dua, sebab kau kawan baik aku. Err, dulu. Tiga, sebab kita saudara, saudara seislam. Kau ingat aku sanggup tengok kau kena campak dalam neraka nanti?. Empat, sebab aku kenal kau. Kau lain sekarang. Lain sangat weh. Sampai aku dah tak tahu nak cakap macam mana. 

Sahabatku sayang,

Sebenarnya aku pun tak layak nak tegur kau. Memang serious tak layak gila. Aku pun tiap hari buat dosa. Aku pun tak sempurna. Tapi sahabat, ingat tak dulu kita pernah janji nak masuk syurga sesama kan? ingat tak?

 *nanges laju2.

 Aku tak salahkan kau, ini salah aku. Sebab aku tak cegah dari dulu. Sebab aku gagal bimbing kau. Salah aku sebab aku tak kuat. Kau masih tak faham sahabat, aku tak salahkan kau. Sebab kau belum faham. Nanti kau akan faham. Aku janji.

ALLAH, tolong... tolong sampaikan padanya yang aku sayang dia kerana MU. Hanya kerana MU.
Tolong aku untuk tolong dia. Kami nak masuk syurga sama-sama. 

Uhibbukifillah :')


Thursday 27 June 2013

CINTAI AKU :')

3.45 a.m .
Waktu2 cenggini memang sesuai nak solat sunat .
Istikharah .Alhamdulillah. *tears
Sebenarnya ALLAH sentiasa beri peluang untuk kita untuk berubah -ibu-
Bila buntu barulah nak mencari DIA. -ayah-
Sebenarnya dimana kamu letak ALLAH dihati kamu? -ustaz-
*diam
*nanges lagi
Memang,aku hanya mencari DIA bila aku buntu
Memang,aku selalu sia-siakan peluang yang ALLAH selalu bagi
Memang akulah insan yang paling rugi. Rugi okay,rugi.


Waktu-waktu macam ni selalu nya tido dah tak ingat dunia
Tapi pagi ni.. tah, maybe banyak sangat benda yang kusutkan fikiran aku
So, dengan muka tak malu aku pun mengadu dekat DIA .
Padahal sebelum ni nak bangun boleh bilang dengan jari tangan
Tu pun tak cukup. Ahhhhhh! malunya .. 
*potong cili laju2..
Ya ALLAH, cintai aku sepertimana aku mencintai-MU.