Saturday 7 September 2013

AL- Kisah........

AL-Kisah... Zaman dolu-dolu. Ehem

Begini ceritanya. Saya dahulunya memang kerap berpindah sekolah. Pindah sekolah berdasarkan keputusan akhir peperiksaan. Eheh. Memandangkan dulu saya adalah budak baru disekolah tu, ramailah gamaknya yang nak kawan dengan saya, ehem haha. Bukan perasan, kenyataan. Hari pertama saya disekolah berkenaan, ramai jugaklah yang interview, kononnya nak jadi sahabat sehati sejiwa. Oh terharuu. Saya juga  baru tahu yang ada perempuan yang sukakan saya. Itupun kawan-kawan saya yang hebahkan. Allahu

 *muntah hijau+kuning= flag negeri kedah

Teringat saya, sewaktu di tingkatan empat, ada sorang lelaki *nama dirahsiakan haha. Nak dijadikan cerita, dia meminati saya dalam diam pada awalnya. Kami ditakdirkan sama kelas. Pada mulanya kelas perempuan dan lelaki diasingkan untuk menjaga ikhtilat juga nama baik sekolah. Memang sekolah tu sekolah cluster ponnnn -_- . Tetapi, setelah dirombak, lelaki dan perempuan bercampur kerana masalah blangan pelajar lelaki yg terlalu sedikit. Hmm

Pada mulanya, saya tak menyangka sama sekali yg dia menyukai saya krn pada saya dia adalah seorang yang  em pendiam dan em boleh dikatakan takda perasaan lah jugak. Tapi tu pada pandangan saya sahaja. Sehinggalah hari dimana kawan-kawannya memberitahu saya bhawa dia menyukai saya dan hamper setiap hari dia menceritakan perihal saya pd kawan-kawannya di ASPURA (baca:asrama putera). Haha, kelakar bukan?

Dan sebagaimana saya pula tidak suka berchentan chentun ni kerana dari awal lagi puan besar sudah melarang keras hubungan seperti itu. Tambahan pula saya anak perempuan yang paling dia sayang ewah. Bermacam cara yang dia lakukan untuk menunjukkan perasaannya pada saya sehinggakan saya pernah terfikir untuk pIndah sekolah sekali lagi. Haha. Okay, itu tindakan tak matang .

Pada tahun 2011, dimana pada saya tahun itu ialah tahun yang paling ditakuti kerana pada tahun itulah saya akan menduduki HESPIEM.  Saya sangat menumpukan perhatian pada hekzem itu sampai terlupa pada dia yg mengejar saya. Puhehe. Sehinggalah tiba satu hari saya menjumpai  sehelai surat dalam buku teks yang saya selalu tinggalkan dibawah meja . bunyinya begini ..

bagaimana caranya untuk memiliki sekeping hati yang dimilikimu?puasku mencuba tetapi tetap sama. Apakah sudah tiada ruang dihatimu untukku atau kau sudah berpunya?’-M.Y-

Tiada siapa yg tahu tentang itu sehinggalah saat ini . Juga tiada jawapan untuk persoalanmu sehinggalah saat ini. Dan lagi, kawan dia pernah bagitau yang dia selalu teman si peminat ni ke kelas saya semata-mata untuk check di carta organisasi untuk mengetahui dimana tempat duduk saya. Dan begitulah yg berlaku saban hari. Dia akan menunggu saya lalu di laluan sebelah bilik SPBT dan memanggil2 nama saya bagai pffst, dia hanya akan keluar dari kelas untuk ke kantin jika saya keluar dahulu, dia akan kesurau untuk solat dhuha krn dia tahu saya selalu disana, bila saya tak hadir dia akan kirimkan salam dan Tanya itu ini pada sahabat2 saya, pura2 tak tahu matematik semata mahu sy ajarkan(padahal markah dia slalu tggi dr sy). Dan banyak lagi sebenarnye.  Namun apakan daya, hati saya ALLAH yg pegang.


HAHA. Itulah antara kenangan pahit dan manis saya smasa bergelar pelajar skolah. Dan sekarang, mungkin saja dia pun akan tersenyum bila teringat apa yg dia pernah lakukan pada saya.

No comments:

Post a Comment