Monday 29 April 2013

THOUSAND HOPES MAKES 1 LITRE OF TEARS!

Bismillah ..
 alhamdulillah baru2 ni Ika baru sahaja selesai mengendalikan satu kem di Johor bersama rakan2 committee yang lain dan syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana program ini dapat dilaksanakan dgn jayanya..*yeay!tepuk tangan*. okay okay relax.. bawa bertenang kerana ini baru permulaan cerita,heheh.
Ika rasa macam baru semalam kita pergi tapi hari ini dah ada kat CFS ni dah, sekejap sangat. Yela, dua hari satu malam ja kan..Okay straight to the point, ditakdirkan ika dapat adik-adik yang comel2 belaka dan sangat baik orangnya..*angguk angguk,hoho* dan yang paling special ika dapat seorang adik yg baru memeluk islam (baca: muallaf).Ika panggil dia Nur. Ceritanya pada satu sesi(sharing moment), dulunya dia beragama kristian dan ibu bapanya buddha. Ika tanya dia, macam mana dia boleh ambil keputusan untuk memeluk islam?

katanya dalam loghat cina "masa saya form 4 saya masih beragama kristian, dan saya ada seorang kawan baik yang beragama islam, dialah yag menerangkan kepada saya apa itu islam tetapi pada masa itu saya selalu memberi alasan kepada dia dengan membenarkan agama saya. Dijadikan cerita pada suatu hari saya terbaca kitab bible yang mengatakan bahawa Tuhan Jesus telah mengorbankan diri dia untuk orang2 berdosa seperti kami. Jadi saya terfikir kenapa mesti Tuhan sendiri mengorbankan dirinya sendiri untuk kami?dia kan Tuhan, jadi kenapa mesti mengorbankan diri dia seolah2 dia itu lemah. Lalu saya minta untuk pinjam buku agama(Islam) dari kawan saya untuk mencari perbezaan tentang agama Kristian dan Islam. Saya nampak banyak perbezaan agama kristian dan agama Islam seperti cara pemakaian, ibadah dan cara hidup. Pada masa itu saya sudah sedar tentang agama yg benar ialah agama Islam dan bukannya kristian jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan ustazah untuk convert ke agama Islam walaupun  ibu bapa saya tidak tahu "

Ika dan adik2 yang lain mengangguk2 mendengar cerita insan terpilih ini.

Ika tanya lagi "Nur datang ke sini atas alasan apa pada parents Nur?"

"saya cakap ada program tentang pelajaran disini kpd mereka" jawabnya jujur.

"Nur datang dengan pakai macam ni?" Ika terharu melihat cara pemakaian dia yang lengkap menutup aurat.

Hairan. Kagum. Bagaimana dia yang baru mengenali Islam itu lebih memahami Islam berbanding kita yang sudah lama berstatuskan Islam?.

Airmata gugur satu per satu. Rasa malu pada Nur. Malam itu kami peluk erat bagaikan tidak mahu berpisah untuk selamanya. Sedar yang masa selalu mencemburui, Ika menamatkan sesi dengan kata2 semangat untuk Nur dan adik2 tersayang.

**4.30 pagi

Semua peserta sudah bersedia untuk menunaikan solat2 sunat disurau walaupun ada yang masih menjadikan belakang kawan mereka sebagai bantal untuk melepaskan kantuk.hehe.. biasalah tu, masih berjinak2 dengan qiamullail.. bak kata Inche Gabbana (baca: angelpakaigucci) "kalau bangun qiamullail dalam keadaan segar bugar dan riang itu bukan mujahadah tetapi yg bgn dlm keadaan mengantuk dan longlai itu baru mujahadah!"

Ika pun bersiap untuk mengambil wudhu' tetapi langkah Ika mati sebentar apabila melihat ada insan yg terkial2 di sudut bilik itu. Ika mendekatinya untuk bertanya apa masalahnya dan saat itu barulah Ika perasan insan itu ialah Nur!. Dia kelihatan seperti mahu mengatakan sesuatu kepada Ika. Menyedari keadaan itu, Ika bertanya kepada Nur "kenapa dik?ada masalah kah?"

Dia malu2 menjawab "cikgu,saya tak pandai nak solat sunat ni"

"ohhh, ingatkan apa. Akak boleh tolong adik, tak da masalah lah!"oh ya! adik2 Ika semua panggil Ika cikgu,Ika pun tak faham kenapa.Masa berlalu, Ika mengajak Nur untuk solat bersama disebelah Ika supaya senang untuk ajar dia niat solat. Subhanallah !sekali ajar dia sudah boleh melakukan sendiri pada solat seterusnya. Cepat sungguh dia belajar. Ika dimaklumkan dia adalah salah sorang pelajar cemerlang SPM sekolah tu tahun lepas. Jadi, tak hairanlah kalau setakat nak ucap niat solat kan. Masing-masing khusyu' mengabdikan diri pada ALLAH yg Esa ,mengharap mengampunan dariNYA. Nur pun sama.
Jernih wajahnya ikhlas. Bersungguh-sungguh dia melafazkan satu persatu perkataan arab walaupun payah.
Sekali lagi airmata ini gugur. Malu pada DIA. Rasa diri yang tidak punya apa-apa ini tidak layak untuk membimbing dia walaupun pernah dia meminta. Begitu berat amanah ini YA ALLAH...

In Shaa Allah.. akan kucuba!

Masa pantas berlalu, hari terakhir kami semua di sekolah ini. Semua fasi berat hati nak tinggal para peserta dan kenangan2 manis kat sekolah ni. Sungguh!amat berat hati ini hanya ALLAH yang tahu. Kami tinggalkan adik-adik dengan segunung harapan supaya adik-adiklah yang bakal mengganti generasi cemerlang akan datang in shaa ALLAH. Ingat apa kak Zulaikha selalu pesan, jaga iman, jaga hati, jaga diri. In shaa ALLAH kita jumpa di syurga nanti! akak sayang adik-adik kerana ALLAH.. :')
#nanti dah habis SPM, jangan lupa apply UIA okay!

Buat adik-adik yang dirindui dan diingati selalu ,
(Najwa, Syazwani(1), Syafiqa, Marhani, Nur, Syuhada, Aqila, Syazwani(2) dan Amira).



1 comment:

  1. Hari yang indah
    Senyuman pertama
    Hulurkan salam ukhwah kita

    Berpesan mengingati
    Dituntut agama
    Kita bagaikan satu keluarga

    Silaturrahim ini tak akan terpisah
    Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

    Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
    Seiring sehaluan satu cita dan impian
    Susah dan senang kita tempuhi bersama
    Bertemu berpisah kerana Allah
    #INGAT TAK LAGU NI? :)

    ReplyDelete